fbpixel

End the year with a tax-deductible donation.

Adakah Feminisme Masalahnya? Mengapa Ideologi-Ideologi Tidak Sesuai Dengan Islam

Published: September 10, 2017 • Updated: September 10, 2019

Author: Dr. Tesneem Alkiek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.

[Tesneem:] Fikiran saya sudah pun mula menerawang pada sesi Pengajian Islam mingguan kami apabila saya terdengar kata-kata Sheikh itu menerjah ke telinga saya, “...dan sebab itulah wanita tidak perlu menghafal al-Quran.” Apa yang dia katakan tadi? Saya baru saja selesai menghafalkan Quran pada tahun itu, jadi saya duduk tegak di atas kerusi saya. “Adik perempuan saya telah menghafal al-Quran,” dan dia menambah, “tetapi dia begitu sibuk dengan bayinya yang baru lahir sehingga dia tidak pernah mempunyai masa untuk mengkajinya semula, dan sekarang dia telah terlupa semuanya. Oleh itu, adalah lebih baik bagi wanita untuk tidak menghafal kerana mereka tidak dapat mengekalkannya semasa membesarkan anak-anak.” Saya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut saya dan segera menjawab bahawa saya tahu ramai lelaki yang telah menghafal al-Quran dan, atas sebab-sebab tertentu atau sebab-sebab yang lain, juga tidak mengingatinya. Tetapi pertemuan itu kekal dengan saya: bagaimana dia boleh tidak menggalakkan wanita dari mengejar dua amalan terbesar pada masa yang sama—menghafal al-Quran dan membesarkan anak-anak? Pada saat itu, dia telah mengambil sesuatu yang memberikan saya inspirasi, kekuatan, dan ketenangan—masa yang telah saya luangkan dan dedikasi yang saya telah berikan dalam usaha saya menghafal al-Quran—dan ia menyebabkan saya berasa amat lemah.
Kita tidak boleh menafikan bahawa masyarakat Islam mempunyai masalah dengan jantina. Di satu pihak, umat Islam berasa kecewa dengan ketidakadilan yang mereka lihat—samada besar ataupun kecil—apabila ia berkenaan dengan jantina. Di pihak yang lain pula, ramai lelaki Islam (dan sebilangan wanita) merasa gusar dengan apa yang mereka lihat sebagai segmen yang semakin berkembang dalam gerakan feminis Islam yang mengutuk semua lelaki sebagai seksis dan semua institusi, termasuk agama, sebagai misoginistik semata-mata.

Apakah itu Feminisme?

Pada lewat abad ke 19, terma féminisme muncul di Peranchis dan berkembang pesat ke negara-nraga Eropah yang lain, dan akhirnya sampai ke Amerika pada 1910. Terma asal dalam bahasa Peranchis menunjukkan akar-akar kepada konsep tersebut: femme, bermaksud "wanita," dan -isme, bermakna ideologi sosial atau politik. Walau bagaimanapun, sejak awal, label feminisme tidak mudah diterima oleh kebanyakan wanita kerana tidak bersetuju dengan maknanya. Oleh itu, sejak penubuhannya, apa yang dimaksudkan untuk menjadi feminis adalah dalam aliran malar, berubah sebagai fungsi budaya dan politik. Sesetengah aspek ideologi itu, bagaimanapun, kekal agak konsisten: feminisme secara umum bertujuan untuk mencabar jangkaan dan jurang yang dikaitkan dengan jantina. Bagaimanapun, segmen pergerakan ini terus berkembang, dengan beberapa cawangan mewakili perubahan revolusioner dalam erti "menjadi seorang wanita". Kadang-kadang ia telah melibatkan tuntutan untuk peluang kerjaya yang sama bagi wanita; pada yang lain, ia melibatkan penolakan sikap yang berlaku pada jantina yang berakar umbi dalam paradigma agama.
Di Amerika Syarikat khususnya, Sejarah feminisme kulit putih arus perdana sering diterangkan dalam bentuk gelombang. Feminisme gelombang pertama melibatkan pergerakan hak menguni wanita; ia diperkenalkan pada Konvensyen Seneca Falls 1848 oleh tokoh terkenal Elizabeth Cady Stanton dan Susan B. Anthony. Gelombang ini muncul dalam konteks perindustrian dan memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan yang sama bagi wanita. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, gelombang kedua feminisme berkait rapat dengan kedua-dua pergerakan pasca perang dan hak-hak sivil. Akhirnya, bermula pada tahun 1990-an, feminisme memasuki gelombang ketiga, yang, seperti banyak pergerakan lain, berkaitan dengan isu-isu pasca-penjajahan. Sudah tentu, sepanjang sejarah, wanita di seluruh dunia sentiasa berjuang untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka, sama ada mereka telah dilabelkan sebagai "feminis" atau tidak.
Feminisme secara semula jadi terus berkembang. Hari ini, banyak pergerakan, sebab, dan kumpulan yang berbeza menuntut pemilikan kepada istilah tersebut serta nilai-nilainya, dan ia telah menjadi, seperti ide keadilan sosial yang lain, bersilang dalam penggunaannya. Kini, mana-mana feminis akan mempunyai pemahaman mereka sendiri tentang istilah yang dimaklumkan oleh pengalaman mereka. Sesetengah feminis menentang serangan seksual dan gaji yang tidak adil; yang lain mengkritik gerakan itu dengan menyeluruh menentang ‘keputihannya’ dan keistimewaan kelasnya, sambil menuntut semula ruang unik mereka di dalamnya. Apa yang telah dikenalpasti sebagai pergerakan tentang jantina dan kesaksamaan telah terpaksa bergelut dengan konsep-konsep yang berlainan dalam kedua-dua istilah ini, serta persilangan mereka dengan bangsa, kelas, agama, kewarganegaraan, perperangan, imperialisme, dan banyak lagi. Feminisme, kemudiannya, ditakrifkan oleh sejarahnya seperti yang dilakukan oleh kritikan sejarah itu.
Pengkritik pergerakan feminis Islam, khususnya, berhujah bahawa ideologi memimpin pengikutnya ke bawah cerun licin yang bermula dengan kebimbangan terhadap penindasan berasaskan jantina, menyiratkan penindasan terhadap agama, dan berakhir dengan penolakan iman sama sekali disebabkan persepsi bahawa institusi agama dan doktrin-doktrin agama adalah patriarkal dan misoginistik. Kebanyakan hujah ini bergantung pada hakikat bahawa beberapa aspek asas projek feminis tidak bertentangan dengan agama pada umumnya, dan bahkan mungkin tidak dapat disamakan dengan Islam (contohnya, penyesuaian semua perbezaan jantina kepada penentu sosial, atau penolakan ‘borong’ apa-apa peranan jantina yang berbeza). Oleh itu, penentang feminisme berpendapat bahawa sesetengah orang yang memegang ideologi ini mungkin meninggalkan, atau mungkin terdedah kepada kepalsuan Islam. Dalam makalah ini, kami menerangkan masalah seperti yang kami dapat lihat dan menilai cara yang paling berkesan ke hadapan yang berasaskan tradisi kita.

Masalahnya

Jadi kenapa beberapa ahli feminis Muslim meninggalkan Islam? Walaupun tidak ada hanya satu jawapan untuk soalan ini, langkah pertama yang berguna mungkin melibatkan pertanyaan yang berbeza, “Mengapa wanita Muslim meninggalkan ruang-ruang Islam?” Kajian Unmosqued pada 2014 meninjau masjid di seluruh negara untuk menilai cabaran yang berkaitan dengan mengekalkan komuniti Islam yang berjaya di Amerika Syarikat hari ini. Dapatan utama adalah bahawa wanita Islam adalah antara yang paling banyak dipengaruhi oleh cabaran-cabaran ini. Pada masa itu, masjid melaporkan purata kehadiran wanita dalam sedekad sebanyak 18% pada acara seperti solat Jumaat, berbanding dengan kehadiran lelaki sebanyak 77%. Sudah tentu, walaupun ini mungkin sebahagiannya disebabkan oleh hakikat bahawa kehadiran adalah wajib bagi lelaki dan bukan untuk wanita, data juga mencadangkan bahawa, umumnya, masjid bukanlah tempat yang paling mesra untuk wanita. Walaupun banyak masjid mempunyai program untuk wanita, hanya 4% daripada mereka mengutamakan program-progran dan aktiviti-aktiviti ini, dan hanya 3% daripada masjid yang memberikan keutamaan pada kumpulan dan persatuan wanita. Kita tahu bahawa dari sudut sejarah, secara menyeluruh, perwakilan wanita di kepimpinan masjid adalah minimum, seperti peningkatan suara wanita pada acara, kuliah, dan platform lain. Isu ruang fizikal juga sangat besar: banyak masjid tidak mempunyai ruang wanita yang mencukupi, dan wanita sering berurusan dengan ruang bersolat yang sempit, tidak bersih, dan ada ketikanya tidak dapat diakses.
 
Di luar rumah ibadat ini, wanita Islam, seperti semua wanita, menghadapi cabaran di rumah dan dalam masyarakat, termasuk keganasan rumahtangga dan gangguan seksual. Dalam beberapa kes, pelaku pelanggaran ini menggunakan agama untuk membenarkan dan mengesahkan tindakan mereka—masalah yang bukan hanya unik pada Islam sahaja.
 
Dan akhir sekali, Wanita Islam menanggung apa yang dihadapi oleh semua umat Islam—terutamanya mereka yang jelas kelihatan Muslim—dengan keras, iaitu Islamofobia yang meningkat. Kajian ISPU pada tahun 2017 tentang Muslim Amerika mendapati bahawa wanita Islam adalah yang paling mungkin menderita jenayah kebencian dan Islamofobia yang jelas dalam era pasca-Trump, dan mereka adalah yang paling mungkin melaporkannya.
 
Oleh yang demikian, apa yang menjadi tanggungjawab kita ialah komuniti di mana terdapat sedikit ruang yang disesuaikan untuk dan berkomitmen untuk memperkasakan wanita Islam untuk mencapai potensi penuh dan membuat sumbangan bermakna. Untuk memastikannya berlaku, sesetengah wanita Islam terus menggunakan agensi mereka sendiri untuk mencapai kecemerlangan, kejayaan, mewakili kepercayaan mereka, dan memimpin dalam komuniti mereka, walaupun menghadapi cabaran-cabaran ini. Tetapi seringkali, mereka berpaling ke ruang lain yang mengambil kebimbangan mereka—termasuk kekurangan sokongan, sumber, dan ruang literal dan kiasan yang mereka berikan dalam komuniti mereka sendiri—dengan serius, dan meletakkan kebimbangan tersebut dalam konteks perjuangan feminis yang lebih luas terhadap sistem patriarki. Apa yang sering menarik perhatian di sini tidak semestinya ideologi itu sendiri tetapi matlamatnya untuk menangani beberapa ketidakadilan yang dihadapi oleh wanita Islam, matlamat yang tidak dilihat dalam agenda di banyak ruang-ruang Islam.
 

Jadi Apakah yang Patut Kita Lakukan?

Sesetengah orang Islam mempromosikan sebuah jenama feminisme Islam yang menonjolkan tanggapan pembebasan wanita terhadap norma sosiokultural Barat, mengambil norma-norma ini sebagai kebenaran universal yang mana mereka menyeru tentang kesahihan ajaran-ajaran yang berkaitan dengan jantina Al-Quran dan Sunnah. Mereka menganjurkan untuk orang Islam untuk merangkul semuanya yang dilabelkan sebagai 'feminisme' dan melompat dengan sepenuh hati ke arah ideologi ini untuk menyelesaikan cabaran masyarakat yang berkaitan dengan jantina. Sementara itu, umat Islam yang lain pula melihat feminisme sebagai ancaman asing terhadap keutuhan Islam, racun yang secara beransur-ansur menghancurkan semua nilai-nilai teras Islam dengan memaksa umat Islam mengubah tradisi agama untuk mengambil cita-cita dan norma liberal Barat. Sesetengah daripada mereka mengerahkan usaha mereka sepenuhnya ke arah penolakan feminisme, sambil mengabaikan isu-isu asas yang terlebih dahulu mendorong wanita ke arah feminisme.
Sudah tentu ia adalah penting untuk mendidik diri kita tentang akar ideologi feminisme dan percanggahan potensinya dengan keimanan, kedua-duanya pada asal mereka dan pada hujung logik mereka. Ini adalah sebahagian daripada menggalakkan diri kita untuk berwaspada dalam aktivisme dan refleksi diri kita dalam kritikan kita. Dalam masa yang sama, untuk memberi tumpuan kepada feminisme sebagai sebab utama golongan wanita meninggalkan iman mereka adalah bermasalah sekurang-kurangnya pada dua sebab: 1) ia melibatkan menangani apa yang kita lihat sebagai gejala keterasingan wanita Islam dan bukan pada akar puncanya; dan 2) ia berisiko memisahkan mereka yang sudah merasa bahawa mereka tidak mempunyai ruang dalam masyarakat Islam.
 
Apa yang lebih menekankan ialah menangani sebab-sebab segelintir wanita dan lelaki Islam yang beralih kepada feminisme sekular terlebih dahulu. Daripada menerima norma jantina dalam komuniti kita yang tidak berakar umbi dalam Islam, dan akibatnya mengetepikan semua bentuk seksisme, kecil ataupun besar, kita harus menumpukan pada mewujudkan persekitaran yang memberi kuasa kepada wanita Islam dan mengiktiraf sentraliti mereka dalam tradisi Islam—dari dalam sejarah, masa kini, dan di masa hadapan. Sebelum menggariskan semua alasan feminisme tidak, dan tidak boleh, sesuai dengan Islam, kita perlu menggandakan usaha kita untuk memahami pendekatan Islam terhadap jantina, dan melaksanakannya dalam keluarga, masjid, organisasi dan komuniti kita. Daripada menuding jari menyalahkan seorang momok wanita feminis yang menarik umat Islam dari iman mereka, kita harus terlebih dahulu bertanggungjawab untuk tidak bertindak dengan cara yang konsisten dengan ajaran Nabi.
Welcome back!
Bookmark content
Download resources easily
Manage your donations
Track your spiritual growth

Apakah contoh dari Nabi?

Ironok sekali, ajaran Nabi, walaupun dengan kecantikan dan kesempurnaannya, sering disalahgunakan untuk mempromosikan perlakuan negatif terhadap wanita. Sering kali khutbah Jumaat dan kuliah malam dikelilingi dengan hadis yang tidak dikontekstualisasikan yang membayangkan sifat rendah diri wanita dan menghalang wanita daripada menjadi peserta penuh dalam komuniti mereka sendiri. Ambil contoh hadith yang kononnya mengisytiharkan bahawa wanita adalah nāqiṣāt ʿaql wa-dīn, atau “kekurangan akal dan agama.” Adalah sangat mudah untuk kehilangan kiraan bilangan kali hadis ini telah digunakan bersama tudingan jari yang tajam untuk mengingatkan hadirin ceramah bahawa lelaki lebih unggul dan lebih sesuai untuk memimpin dalam setiap keadaan. Namun, apa yang seringkali hilang adalah konteks khusus dari kata-kata Rasulullah ﷺ ini, yang sebenarnya bukan sebuah khutbah mengenai topik jantina, tetapi sebaliknya tentang amal. Baginda berkata pada hari Aidil Fitri ketika baginda bercerita kepada lelaki dan wanita selepas solat. Baginda berpaling kepada golongan lelaki dan mengajak mereka untuk berbelas kasihan demi Allah (swt). Baginda kemudian berpaling ke arah wanita, dan dengan cara yang menggalakkan, mengingatkan mereka untuk meningkatkan amal mereka juga, merujuk kepada fakta bahawa semasa haid dan sebagainya, mereka tidak bertanggungjawab untuk bersolat dan berpuasa. Oleh itu, dengan memberi nasihat kepada mereka untuk menambah amalan mereka, Rasulullah ﷺ menunjukkan mereka kepada peluang lain untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah (swt). Hasrat di sebalik kata-kata baginda segera difahami oleh mereka yang berada di sana untuk menyaksikan ayat-ayat tersebut dinyatakan. Zaynab b. Abu Muawiyah segera berlari ke rumahnya selepas solat Aidil Fitri, bergegas untuk mematuhi nasihat Rasulullah ﷺ dan memberi sedekah dari kekayaannya. Konteks penting ini terhadap hadis ini menggambarkan bahawa Rasulullah ﷺ tidak membuat apa-apa pernyataan ontologi mengenai nilai relatif atau kemampuan wanita yang berhubungan dengan lelaki, dan tidak menggambarkan beberapa jenis hierarki gender kosmologi dengan laki-laki menduduki pangkat di atas wanita; tetapi, baginda telah memberikan nasihat dalam situasi tertentu kepada wanita untuk memimpin dalam amal memandangkan tanggungjawab mereka yang berkurang dalam domain lain dan pengaruh mereka yang luar biasa terhadap lelaki.
Sekarang bayangkan bahawa rata-rata imam atau guru agama yang mengetuai jemaahnya dengan anggapan bahawa wanita juga mampu menjadi ulama dan pemimpin dalam komuniti mereka. Bayangkan bahawa kebanyakan masjid atau kepimpinan organisasi anda bukan sahaja memegang anggapan ini, tetapi secara aktif melaksanakannya dengan membentuk dirinya dari lelaki dan wanita dan menilai suara dan keprihatinan semua ahli secara saksama. Kita jauh dari realiti ini. Jeritan-jeritan "patriarki" sering mewakili kekecewaan wanita yang tidak melihat kebimbangan mereka diambil serius, dan tidak melihat diri mereka dipandang sebagai penting kepada masyarakat mereka sendiri. Melancarkan perang terhadap feminisme mungkin secara tidak sengaja membolehkan mereka di dalam komuniti kita yang berusaha menidakkan dan membisukan wanita dengan melabel setiap aduan yang mereka timbulkan sebagai akibat feminisme.
Apabila Rasulullah ﷺ menerima aduan daripada sahabat-sahabat perempuan, dia mendengarnya dengan penuh perhatian dan menerimanya dengan sungguh-sungguh. Sebagai contoh, kisah Khawla bint Tha'labah (ra) yang mengadu tindakan tidak wajar suaminya terhadapnya. Tanggapan terhadap aduannya datang dari Allah sendiri, untuk dipelihara dalam Quran sebagai contoh hingga akhir zaman: “God has heard the words of the woman who disputed with you [Prophet] about her husband and complained to God: God has heard what you both had to say” [Quran 58:1]. [a]Dalam ayat ini dan yang berikutnya, Allah (swt) menetapkan contoh yang terbaik dengan tidak hanya mengiktiraf kebimbangan Khawla (ra), tetapi juga mengesahkannya dan memberikan penyelesaian melalui seluruh bab dalam al-Quran yang dinamakan mewakilinya.
Realiti perkara itu adalah wanita Islam mengikut sejarah telah menjadi pemimpin dalam sarjana dan pencahayaan dalam pelbagai bidang. Dari Aishah (ra), isteri Rasulullah ﷺ, yang memperbetulkan para sahabahnya dalam hal hadis dan perundangan dan Nusayba bint Kaab (ra) yang berperang bersama Rasulullah ﷺ, sehingga Sutayta al-Mahamli yang menemukan penyelesaian kepada beberapa persamaan matematik yang paling rumit pada zamannya dan Permaisuri Amina negara Zaria yang melindungi kerajaannya, wanita Islam telah menetapkan taraf yang tak tertanding dalam berkhidmat pada komuniti mereka. Namun, walaupun dalam sejarah yang kaya ini, kita telah berjaya memadamkan kenangan kita tentang sumbangan mereka dan menulis semula kisah mereka untuk selaras dengan harapan wanita kita sendiri sebagai angka yang marginal. Terserah kepada kita untuk menghidupkan semula semangat ini dan menanamkan kekuatan dan motivasi pada golongan wanita kita, muda dan tua, untuk memberi kuasa kepada generasi sekarang dan mereka yang akan datang untuk mencapai potensi penuh mereka dalam melayani orang lain dan berkhidmat kepada Tuhan.

Maju ke Hadapan

Mungkin terdapat banyak idea yang di bawah label 'feminisme' yang menimbulkan masalah bagi umat Islam—dan ada yang mungkin bersifat antithetikal terhadap Islam. Tetapi sebenarnya terdapat banyak ideologi sekular yang, apabila diambil pada ekstrem mereka, jelas bertentangan dengan agama Islam dan akidah moral. Satu-satunya cara kita dapat mengelakkan perebutan ideologi-ideologi ini adalah dengan melihatnya melampaui label, menilai konsep-konsep itu sendiri, dan menghampiri mereka dari asas yang mantap dalam tradisi kita. Sekiranya kita yakin dengan Islam dan sumber serta metodologi, kita boleh menghadapi dogma ini. Hanya dengan itu kita boleh menyusun teori-teori kompleks untuk menegaskan apa yang baik dan membuang apa yang tidak sesuai dengan agama kita.
Kita mesti mengakui, bagaimanapun, bahawa tidak semua orang Islam—bahkan bukan majoriti—mempunyai asas yang kukuh ini. Atas sebab ini, kita perlu menumpukan usaha kita untuk melatih imam dan pemimpin masyarakat untuk menyediakan ruang di mana mereka yang berjuang dengan agama mereka boleh menjadi kritikal dan bertanya. Kita mesti membuat platform untuk semua orang—tetapi terutamanya bagi mereka yang terpinggir, seperti wanita, remaja, muallaf, dan lain-lain—untuk menyuarakan keraguan dan kekeliruan mereka tentang Islam tanpa menolak kerisauan mereka dengan menuduh mereka menjadi terpengaruh oleh ideologi Barat. Dan di mana kerisauan itu adalah akibat ketidaksempurnaan dan kekurangan kita sendiri sebagai manusia, dan kegagalan untuk memenuhi ideal kenabian, kita perlu mengenali dan menangani mereka. Sehingga kita berbuat demikian, mereka yang tidak dapat menyuarakan pendapat mereka sendiri di masjid dan komuniti mereka sendiri, pasti akan beralih kepada ruang-ruang yang akan memberikan mereka jawapan yang mereka cari.

1 Estelle Freedman, No Turning Back: The History of Feminism and the Future of Women (New York: The Random House Publishing Group, 2002), 18.

2 Ibid, 17.

3 Ibid, 20.

4 Mary Kassian, The Feminist Mistake (Wheaton: Good News Publishers, 2005), 11.

5 Charlotte Krolokke and Anne Scott Sorensen, “Three Waves of Feminism: From Suffragettes to Grrls,” in Gender Communication Theories & Analyses: From Silence to Performance, (Thousand OaksSage Publications2006), pp. 1-25.

6 Mengenai interseksyenailti, rujuk Kimberle Crenshaw, "Demarginalizing the Intersection of Race and Sex: A Black Feminist Critique of Antidiscrimination Doctrine, Feminist Theory and Antiracist Politics," University of Chicago Legal Forum 1989:1, 8. Boleh didapati dari: http://chicagounbound.uchicago.edu/uclf/vol1989/iss1/8 

9 Dalia Mogahed and Youssef Chouhoud, “American Muslim Poll 2017: Muslims at the Crossroads,” Institute for Social Policy and Understanding, https://www.ispu.org/american-muslim-poll-2017/.

10 Hadis ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam penerbitan Yaqeen yang akan datang.

11 Mengkritik cara hadith ini telah digunakan untuk mengambil retorika misoginistik, ulama kontemporari Shaykh Salman al-`Awdah mengamati, "Pengurangan agama (nuqṣān al-dīn) tidak melibatkan pengurangan keagamaan (tadayyun), kerana sememangnya terdapat banyak wanita yang melebihi lelaki dalam keagamaan. Sebaliknya, ia bermakna bertanggungjawab mengurangkan (takhfīf al-taklīf), kerana seorang wanita tidak bersolat atau berpuasa sepanjang tempohnya. ” (Januari 11, 2016, IslamToday.net, http://www.islamtoday.net/albasheer/artshow-12-221128.htm).

12 Ahli hukum Andalusia, Ibn Hazm (m. 456 H) menjelaskan kegagalan mengambil hadith ini sebagai penerangan ontologi dengan menunjukkan bahawa mana-mana lelaki yang membuat tuntutan sedemikian pasti denga jelas mengaku rendah diri dalam kecerdasan dan agama berbanding tokoh Islam yang dihormati dari Maryam, Aisha, Fatima, ibu kepada Musa, dan Sarah.Beliau  menjelaskan bahawa pernyataan Rasulullah ﷺ merujuk kepada pengurangan solat dan puasa, dan pengurangan kesaksian dan bukannya sebuah kritikan terhadap wanita. Rujuk Kitab al-fasl fi al-milal wa-al-ahwa' wa-al-nihal, vol. 4, p. 104, Diakses dalam talian: http://www.islamport.com/w/aqd/Web/2595/552.htm

Disclaimer: The views, opinions, findings, and conclusions expressed in these papers and articles are strictly those of the authors. Furthermore, Yaqeen does not endorse any of the personal views of the authors on any platform. Our team is diverse on all fronts, allowing for constant, enriching dialogue that helps us produce high-quality research.